Preview Koleksi Assignment



Ruangan Ini Hanya Untuk Preview Koleksi Assignment.Jika Nak "Full pages"..Boleh Contact saya.


KERTAS KERJA PERMOHONAN PERUNTUKAN PROGRAM LATIHAN SUKAN GIMRAMA
SK.SIKUATI
KUDAT, SABAH 2012


LOKASI :
SK.Sikuati, Kudat ( Latihan )
Dewan Tun Datuk Hj.Mustapah, Kudat ( Pertandingan )



TARIKH
15 Oktober  HINGGA 28 November  2012 (Latihan)
01 Hingga 04 Disember (Pertandingan)
                                                       

ANJURAN

PEJABAT PELAJARAN DAERAH (Unit Ko-Kurikulum)
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
















1.     Pengenalan
Gimnastik berirama atau gimrama merupakan suatu sukan yang sangat istemewa dan menarik perhatian. Sukan ini telah menjadi semakin popular di kalangan peserta dan penonton. Sukan gimrama memerlukan kemahiran yang tinggi serta kelembutan dan koordinasi tubuh badan yang baik juga daya kreativiti mencipta gerakan. Sukan gimrama juga merupakan suatu program kecergasan fizikal khususnya bagi murid-murid perempuan serta kaum wanita di semua peringkat umur. Kertas kerja ini adalah untuk memohon kelulusan dan peruntukkan yang sewajarnya  bagi   menyertai  Kejohanan Gimrama anjuran Pejabat Pelajaran Daerah, buat kali pertama. Dalam kejohanan gimrama ini kemahiran menggunakan peralatan (gelang, reben dan belantan) merupakan aspek yang akan dinilai. Begitu juga dengan kemahiran menggabungkan beberapa pergerakan dengan diiringi muzik turut diberi perhatian. Peserta yang berjaya mempamerkan persembahan yang menarik, kemas dan teratur akan mendapat kemenangan.

2.         Sasaran
Semua pelajar Perempuan SK.Sikuati, Kudat, Sabah.

3.         Objektif
        
3.1               Mencari dan menggilap bakat-bakat  ahli gimrama di kalangan pelajar.

3.2               Memberi pendedahan sebenar  kepada para pelajar terhadap standard pertandingan peringkat daerah.

3.3               Meningkatkan semangat dan membentuk pelapis-pelapis dikalangan pelajar  SK.Sikuati untuk diserapkan ke kejohanan yang lebih tinggi lagi seperti di peringkat negeri dan kebangsaan.

3.4               Untuk memupuk  hubungan sriatulrahim sesama pelajar.


_________________________________________________________________________________


1.0 PENGENALAN
Sistem bunyi bahasa melibatkan proses penyampaian dan penerimaan bunyi yang dituturkan oleh manusia. Alat dan peranan beberapa organ seperti paru-paru, kotak suara, epiglotis, rongga mulut menjadi mekanisme yang penting dalam proses tersebut. Dalam bidang linguistik, kajian tentang bunyi bahasa disebut sebagai fonologi. Bidang fonologi adalah bidang yang mengkaji salah satu daripada aspek yang terpenting dalam bahasa iaitu bunyi. Bidang ini juga disebut sebagai bidang fonetik namun ia terdapat sedikit perbezaan. Fonetik, yang berasal daripada perkataan Inggeris phonetics ialah satu pengkajian terhadap bunyi pertuturan bahasa yang dikeluarkan oleh manusia ketika bertutur. Ia adalah kajian yang membincangkan deskripsi yang dilakukan dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan organ. Sesuatu pertuturan terdiri daripada satu aliran arus bunyi yang bersambung-sambung lalu membentuk perkataan-perkataan yang bermakna. Bunyi-bunyi bahasa dikaji bagi membuat deskripsi bunyi-bunyi sesuatu bahasa, membuat penggolongan bunyi-bunyi tersebut dan membuat transkripsinya. Bunyi-bunyi itu didengar terlebih dahulu sebelum membuat transkripsinya. Oleh itu, bunyi-bunyi yang dikaji dirakamkan dahulu. Ini bermakna, kajian bergantung kepada kualiti rakaman mesin tersebut. Mesin perakam yang baik dapat merakamkan bunyi suara dengan baik, dapat menghasilkan deskripsi bunyi yang baik. Melalui tugasan ini, kita akan membuat dua penyelidikan yang membawa kita kepada proses yang berkaitan dengan fonologi dan fonemik yang difokuskan kepada kajian dua bahagian  iaitu “Cerita Rakyat” dan “Lagu Rakyat” atau “Moden”  dalam dialek atau rumpun Melayu.Tugasan ini lebih kepada pengolahan transkripsi ejaan rumi, fonetik dan fonemik. Akhir pada tugasan ini nanti merupakan kesimpulan kepada kajian yang dilakukan terhadap dua elemen tadi. Kajian seperti ini sesungguhnya dapat membantu kepada pelajar untuk memahami dan mengetahui konsep fonologi dan fonetik, khususnya dalam aspek pengolahan transkripsi yang merupakan perkara penting dalam kajian fonologi dan fonetik.

2.0 PANDANGAN TOKOH TERHADAP FONOLOGI DAN FONETIK
Menurut Adrian Admajian, (1980:61), fonetik ialah  bidang yang memperkatakan bagaimana bunyi bahasa dihasilkan(dituturkan) dalam saluran bidang kajian yang dikenali sabagai fonetik artikulasi, dan juga sifat fizikal gelombang bunyi bahasa yang dihasilkan oleh saluran udara iaitu bidang dikenali sebagai fonetik. Beliau turut mendefinisikan fonologi sebagai subbidang linguistik yang mengkaji struktur dan pemolaan sistematik bunyi dalam bahasa manusia. Istilah fonologi ini dapat digunakan dalam dua cara iaitu fonologi sesuatu bahasa tertentu dan rumus yang mengawal penyebaran itu dan yang kedua ialah merujuk bahagian teori tentang bahasa manusia yang umum yang berkaitan dengan sifat universal sistem bunyi bahasa semula jadi.
_________________________________________________________________________________
SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN JAWI DI NUSANTARA


0.1  PENGENALAN
Pada asasnya bahasa ialah ujaran yang dikeluarkan oleh organ pertuturan manusia yang secara arbitrari melambangkan maknanya dan digunakan oleh satu masyarakat bahasa untuk perhubungan (Hashim Musa:205). Tulisan pula lahir apabila manusia mengetahui bagaimana hendak menyampaikan fikiran dan perasaannya melalui tanda-tanda tampak atau visual dalam bentuk yang bukan hanya dimengerti sendiri tetapi juga dapat difahami oleh orang lain.
Tulisan adalah simbol atau lambang kepada identiti bahasa di mana tulisan adalah perwakilan artikulasi bahasa semenjak manusia tahu bagaimana menyampaikan buah fikiran, menghurai perkara visual untuk difahami oleh orang lain.
Tulisan adalah segala sesuatu yang kita tulis, baik itu angka, huruf, atau simbol. Saat ini tulisan telah menjadi sebahagian dari kehidupan kita sehari-hari. Kerana salah satu alat komunikasi yang telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu ialah tulisan. Apalagi bagi seorang pelajar, tulisan adalah teman dalam mencari ilmu. Buktinya, hal pertama yang harus kita kuasai adalah menulis dan membaca. Antara sistem ejaan yang digunakan dalam tulisan di Nusantara berhuruf Arab yang dikenali juga sebagai ejaan Jawi. Tulisan Jawi biasanya digunakan oleh orang rumpun  Melayu sejak orang Melayu memeluk agama Islam. Orang Arab menggelar orang Melayu sebagai Jawah atau Jawi. Hal ini disebabkan pada zaman dahulu, daerah Asia Tenggara terkenal sebagai Javadwipa. Di Malaysia, sistem ejaan Jawi bukanlah sistem tulisan rasmi tetapi diajar sebagai satu subjek dalam pengajaran di sekolah
Dalam tugasan ini kita akan menyingkap sejarah perkembangan tulisan jawi di Nusantara. Dalam penulisan ini kita akan menyusur perjalanan perkembangan tulisan jawi yang merupakan salah satu tulisan yang terpenting di Nusantara suatu masa dahulu sejajar dengan tersebarnya agama Islam di Nusantara. Intipati penulisan ini lebih kepada bagaiamana tulisan jawi itu sendiri digunakan dan menjadi salah satu alat komunikasi terpenting dalam lingkungan hubungan dalam masyarakat Nusantara pada masa lalu dan bagaimana pula keadaannya pada ketika ini.

0.2 PERKEMBANGAN TULISAN JAWI DI NUSANTARA
Tulisan Jawi telah wujud sejak sekitar tahun 1300 Masihi di Nusantara. Perkembangannya berhubung kait dengan ketibaan Islam, khususnya daripada orang Parsi. Abjad Arab yang diperkenalkan ini diubah suai agar sesuai dengan bahasa Melayu klasik lisan khususnya pada ketika itu. Tulisan Jawi ditulis dari kanan ke kiri, dan ditokok dengan 6 huruf yang tiada dalam bahasa Arab, iaitu ca pa, ga nga va dan nya.
Tulisan Jawi berpunca daripada kesusasteraan Arab yang diperkenalkan oleh orang Parsi kepada Kerajaan Melayu Jambi yang terletak di utara Palembang, Sumatera, Indonesia, dan bertutur dalam bahasa Melayu klasik. Barangkali, mereka yang memeluk agama Islam memilih untuk menulis dalam abjad Jawi kerana ia berhubungkait rapat dengan kebudayaan Islam, daripada menggunakan tulisan Jawa yang diterbitkan daripada sistem-sistem tulisan yang digunakan di kawasan-kawasan beragama Hindu atau Buddha di Asia Selatan. Nama "Jawi" membayangkan akar umbinya di Jawa, bak hujah sesetengah ilmuwan. Bagaimanapun, oleh sebab tidak banyak ditemui meskipun memang pernah digunakan di Jawa, kemungkinan besar perkataan Jawi ini merupakan gelaran am bagi kawasan di bawah penguasaan atau pengaruh Jawa. Selain itu, nama Jawi itu mungkin berpunca daripada kerajaan Javaka kuno yang merupakan pendahulu kerajaan-kerajaan Majapahit dan Srivijaya yang pernah menjalin hubungan dengan saudagar dan mubaligh Arab.


0 comments:

Post a Comment

Template Hits

Popular Posts