Sunday, November 25, 2012

Fitness : Untuk nampak Muda?

Semalam aku duduk sembang dengan beberpa kawan.. biasalah cerita kedai kopi..namun kira ok juga lah sebab perbualan kami punya topik yang baik dan tidak membuang masa. Seorang kawan memulakan cerita tentang berat badannya dah pun bertambah dan dia kata mungkin kerana permakanan dan faktor umur yang sudah melebihi 40 tahun..

Member yang lain mencadangkan agar dia melakukan "Fitness" supaya nampak lebih muda dan hilangkan "boroi" yang ada.. naaa..kebetulan hari ini saya terbaca satu artikel dari blog teman saya yang memuatkan info berkaitan dengan seorang ibu berusia 46 Tahun dan punya anak dua yang berusaha menguruskan badan sehingga sekarang ini beliau menjadi instructor Fitness yang terhebat di Asia. Tidak lain dan tidak bukan ialah Jung Da Yeon. beliau memang seorang yg mempunyai komitmen tinggi dalam melakukan sesuatu impian. Dia bukan saja dapat menurunkan berat badan , malah sekaligus menjadi idola, instructor serta menjadi semakin popular.



Memang benar melakukan fitness adalah satu cara untuk kita mnegekalkan tubuh badan yang lebih baik dan kesihatan kita juga terjamin.Bagaimanapun permakanann juga kena dijaga agar tidak menmungkinkan penambahan kolestrol dalam badan sehingga menimbulkan obes. 

Fitness merupakan cara paling murah untuk menguruskan badan.tidak perlu makan apa2 produk  dan perkhidmatan menguruskan badan yang biasanya memerlukan kos yang tinggi namun kesannya tidak begitu memberangsangkan.

Fitness juga membolehkan badan kita sentiasa kuat dan bertenaga dalam melakukan kerja-kerja harian terutama aktiviti yang agak extreme dan berat. Dengan mengamalkan Fitness kita pasti kelihatan hebat, muda dan tampil yakin di mata orang lain.

Jom Melakukan Fitness, semoga sihat sentiasa!!

0 comments:

Post a Comment

Template Hits

Popular Posts