Sunday, November 25, 2012

Piala AFF Suzuki 2012- Harimau vs Singa

Bangun pagi hari ini.. saya cuba buka Facebook, baca berita dan tengok berita TV.. kebanyakan memperkatakan tentang kekalahan Pasukan  Negara 0-3 kepada negara jiran, Singapura. Rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati dengan prestasi skuad negara bimbingan K.Raja Gopal. Ada pula yang menyalahkan penjaga gol utama Negara. "Apek" kerana tidak menunjukkan prestasi cemerlang seperti mana aksi cemerlangnya sebelum ini.

Apa pun keadaanya.. orang kata bola itu bulat..di mana ia ditendang di situ ia bergolek.. naaa.. jadi kepada peminat-peminat dan penyokong skuad bola kebangsaan,, teruskanlah sokongan anda. jangan terus beri tekanan dan cemuhan kepada pemain kita. yang penting sokongan kita tetap terus kuat untuk memberi mereka kekuatan dalam pertemuan dengan pasukan-pasukan lain.

Kepada pemain negara, kita mengharapkan agar mereka lebih bekerja kaeras, komitmen, optimis dan terus mencari kemenangan. Harapan penyokong bola sepak negara terletak ditangan anda! Ayoh Malaysia..!!! Teruskan perjuangan..


0 comments:

Post a Comment

Template Hits

Popular Posts