Sudah masuk hari keempat rasanya punggung ini duduk memanjang di kerusi empuk di mana mata ku menyaksikan jemari ini menari-nari di pentas papan kekunci laptop hitam ku... sehingga waktunya kepenatan menusuk ke kepala yang ahkhirnya memaksa ku melencong menghasilkan blog "Cerita Secebis Hati" ini.. ya..mungkin kerana keboringan yang memanjang dek melayan tugas membuat assignment "orang" yang tidak pandai siap2 ni.. kerana waiting list masih lagi berbaris menanti dengan setia untuk ku perdebatkan di muka skrin laptop hitam ini.
Apa pun..ketika waktu pantas berlalu..baru ku rasakan.."siapa suruh terima semua kerja ini?" enak-enak kamu goyang kaki semasa cuti ini.. kamu juga yang cari HAL... fuhhh.. penyesalan itu semestinya tidak perlu diungkapkan.. kerana kerjaan ini bukannya PERCUM pun.. Malah dengan sedikit idea yang dicurahkan.. keuntungan berganda akan muncul..
Ah..apa cuma keuntungan yang aku harapkan? entahlah.. aku sendiri tidak mengerti apa sebenarnya yang aku inginkan..nyatanya hanya niat membantu teman2 yang menunjukkan muka kasihan di depan ku agar beban mereka terlepas begitu sahaja..fuhhh..
Adilkah begini..yang belajarnya mereka...yang melakukan kerjanya aku... hemmm.. entahlah..
Melihat ke luar jendela.. terlihat gerak-geri orang-orang disekitar dengan aktiviti harian masing-masing..lantas aku terfikir.. apa pula aku lakukan jika cuti dan tidak punya apa yang hendak dibuat? hemmm.. beginilah manusia.. ada saja yang tidak kena.. apa pun.. lakukan saja semampu yang terbaik kita boleh..uiksss..












0 comments:
Post a Comment