Monday, November 26, 2012

Kes Rogol Gadis Kota Marudu Bawah Umur Mati Dibunuh Dengan Kejam


Mangsa adalah gadis berumur 15 tahun. Dipercayai telah dirogol oleh lima orang pekerja kedai perabot yang berasal dari Pakistan. Mangsa ditemui pada 1p.m pada hari kelmarin 26.11.2012…Laporan polis telah dilakukan pada hari yang sama. Suspek kemudiannya telah berjaya ditangkap hari ini ketika suspek cuba mengembalikan MyKad mangsa. (bodoh juga kan...? :) )


Kejadian bermula pada pagi kelmarin. Mangsa dikatakan menemani kakak dan sepupunya mencari kerja di Pekan Gosyen. Di pekan yang sama mangsa dan kakak dan sepupunya pergi ke sebuah kedai 

perabot. Mangsa yang ingin membeli sebuah almari telah dibawa ke tingkat atas oleh pekerja kedai perabot terbabit kerana dikatakan ada almari yang lebih cantik lagi di tingkat atas kedai. Kakak dan sepupu mangsa meninggalkan mangsa seorang diri dikedai tersebut (mungkin untuk mencari kedai2 lain yang menawarkan kerja kosong). 

Beberapa jam kemudian mereka menyedari mangsa hilang dan membuat laporan polis. Mangsa semasa kemudiannya ditemui dengan keadaan yang amat menyayat hati; dengan mata yang hampir terkeluar, rambut kusut, mulut ternganga dengan kesan merah, jari-jemari terpisah dan kejang manakala sebelah kakinya bengkok. 

Melalui bedah siasat, doktor mengesahkan mangsa telah dirogol berkali-kali lebih daripada seorang lelaki. Menurut saksi, mangsa telah dihumban melalui sebuah lori yang disyaki milik kedai perabot tempat terakhir mangsa lawati. 

Kepada para gadis dan wanita diluar sana berhati-hatilah selalu tidak kira siang atau malam hari. Dalam kejadian ini seorang saksi nampak magsa di humban dari sebuah lori.. Lokasi simpang 3 depan jalan meghala ke SK Ranau- Jabatan Perhutanan Daerah Kota Marudu.





Ini  contoh perbuatan manusia bernama lelaki yang tidak gentleman dan punya IQ yang paling rendah. 

P/S: Sejauh mana kesahihan kes ini.. biarlah Polis yang siasat dulu.. jangan kita memandai-mandai...


0 comments:

Post a Comment

Template Hits

Popular Posts