Sunday, November 25, 2012

Piala AFF Suzuki 2012- Harimau vs Singa

Bangun pagi hari ini.. saya cuba buka Facebook, baca berita dan tengok berita TV.. kebanyakan memperkatakan tentang kekalahan Pasukan  Negara 0-3 kepada negara jiran, Singapura. Rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati dengan prestasi skuad negara bimbingan K.Raja Gopal. Ada pula yang menyalahkan penjaga gol utama Negara. "Apek" kerana tidak menunjukkan prestasi cemerlang seperti mana aksi cemerlangnya sebelum ini.

Apa pun keadaanya.. orang kata bola itu bulat..di mana ia ditendang di situ ia bergolek.. naaa.. jadi kepada peminat-peminat dan penyokong skuad bola kebangsaan,, teruskanlah sokongan anda. jangan terus beri tekanan dan cemuhan kepada pemain kita. yang penting sokongan kita tetap terus kuat untuk memberi mereka kekuatan dalam pertemuan dengan pasukan-pasukan lain.

Kepada pemain negara, kita mengharapkan agar mereka lebih bekerja kaeras, komitmen, optimis dan terus mencari kemenangan. Harapan penyokong bola sepak negara terletak ditangan anda! Ayoh Malaysia..!!! Teruskan perjuangan..


Thursday, November 22, 2012

AFF SUZUKI CUP 2012- Bahang Semakin Terasa..

Debaran kian terasa bagi peminat-peminat bolasepak tanahair.. di mana 25 November ini (Ahad) bermulanya perjuangan skuad Harimau Malaysia menentang Pasukan Singapura dalam saingan Piala AFF Suzuki 2012. Jom kita ramai-ramai memberikan sokongan padu kepada wira-wira bola sepak negara. semoga kegemilangan saingan yang laepas dapat dipertahankan oleh Malaysia. Harapan saya dan anda semua pasti kejayaan di pihak kita semua.


Bagi korang yang belum mengetahui jadual penuh perlawanan-perlawanan yang akan berlangsung sepanjang saingan Piala Aff Suzuki ini boleh la Download di link berikut: 



BRAVO MALAYSIA!!

Berbicara Tentang "Kawan" ..

Melihat jam dinding di ruangan aku duduk menyelesaiakn tugasan yang diamanahkan oleh si kawan.. terkejut sedikit kerana sudah menunjukkan jarum pendek pada nombor 5.. hemm rupanya Bateri jam sudah weak.. huhu.. Jam di laptop ku baru menunjukkan jam 12.40 tengah gelap..

Tanpa disedari..kerja yang aku buat beberapa hari ini..siap juga aku lanyakkan dengan idea2 spontan yang tak seberapa hebatnya... namun selalu mendapat yg agak terbaik ( cheeewah..puji diri.. ego la tu).. fuhh..apa-apa la..

Kerja dah siap..biarkan mata ini terlelap sendiri bersama laptop ku yang kian kepenatan melayan jemari yang terpukau oleh hati dan minda yang selalu tidak bersatu...hemmm..kalut..

Kali ini nak crita apa pula ya? hemmm.. hati kata itu...minda kata ini.. weiii please la korang.. together-gether la skit.. help your boss..!!



Ok la..kali ni, nak crita skit pasal " Friendship".. persahabatan.. kawan..

Dalam life kita ni.. pasti smua org ada kawan ..kan?.. ya bilang bah... (Org Sabah Style)..
Tapi terkadang.. tidak ramai kawan yang mampu bertahan menjadi yang terbaik untuk kita.. di saat kita sudah berusaha menjadi yang terbaik untuk dorang.. kekadang kita seolah tidak dihargai..

Teman..datang dan pergi seperti ombak di tepian pantai ..kekadang menerjah lembut..kekadang "syle ganas".. menghempas ...nasib tidak memulas..hehehe.. mungkin ini sudah lumrah kehidupan agakanya.. namun apa pun.. sebagai insan yang masih punya hati untuk menghormati kawan..kita jangan sekali menyakiti hati mereka.. seperti kawan aku kata.. " Biar orang buat kita, jangan kita buat orang" huhu.. apa la tu?

Anyway.. namanya pun manusia.. banyak ragamnya..banyak karenah.. mengolah kisah dalam senario pentas dunia yang selalunya melakonkan watak2  yang menjadi cerita untuk dikenangi..tika waktunya telah tiba..mungkin bukan sekarang..bukan juga esok.. tapi kemarin atau ..waktu mendatang..

Persahabatan adalah ikatan yang kita bina atas satu persefahaman dan perkongsian rasa dan persamaan jiwa dan fikiran..mahu pun suatu hal yang sulit untuk dimengertikan.. wahh..abstrak ya? hemm...

Apa pun..aku tidak lupa berterima kasih kpd yang maha kuasa..kerana menemukan ku dgn sahabat2 yang selalunya meninggalkan kesan yang manis dalam hidup ku,, ada juga yang pahitnamu ku telan juga..bersama gula yang ku genggam setiap kali rasa kepahitan dek apa yg dilemparkan oleh sesetengah kawan...

WELL..sudah panjang masanya jariku ku menarikan lagu "tanak kampung" di black Lappy ni.. kesimpulannya..korang rnung-renungkanlah petikan berikut...

"Sahabat merupakan orang yang rapat dengan seseorang. Ia juga boleh dikatakan sebagai teman yang sentiasa ada untuk seseorang ketika dia senang mahupun sukar. Ramai orang yang mempunyai kawan, dan kawan yang diperoleh juga adalah ramai. Namun hanya sedikit orang yang mempunyai sahabat, teman yang sanggup berkorban apa saja demi sahabatnya itu. "

Sampai Jumpa.. :)


Wednesday, November 21, 2012

Monolog - Sudah Cukup Sudah..



Aku merasa kecil, bukan sebab badanku yang agak kecil . Bukan ukuran yang dinilai dari potret fizikal seorang manusia. Layaknya makhluk hidup, aku tumbuh dan berkembang, bukan seperti kupu-kupu yang mengalami metamorfosa. Aku hanya seorang biasa yang memerlukan udara untuk bernafas dan menginginkan teman untuk menyambung nafas. Menghilangkan dahaga di tengah kesepian. Iya, aku merasa sepi. Tiba-tiba duniaku berhenti beroperasi, maka tak ada kata siang ataupun malam sebagai petanda bergantinya hari. Padahal beberapa teman masih bergurau di sana, atau ada pula yang asyik dengan dunia yang diciptakannya sendiri. Benar, manusia seperti Tuhan untuk kehidupan diri. Menentukan segalanya untuknya.

Mungkin tulisan ini terbaca agak kacau, tapi aku hanya berusaha menulis apa yang kufikirkan. Bersandiwara dalam lakon sketsa yang ingin kumainkan. Bukan pentas terbuka. Tempatku hanyalah sebuah belakang panggung. Dimana aku dapat mendengar sang artis mengeluh kepenatan. Atau sang penghias masih asyik berbisik gosip. Aku pun tertimbun dalam tumpukan baju ganti.

Beberapa diantaranya mengenaliku. Mengajakku berbual atau malah ada yang lancang merayu. Ada yang menghujat bahkan tak jarang pula yang memuja. Aku merasa iri dan kerana itulah aku merasa kecil. Disaat manusia lain menilaiku istimewa, disini aku merasa nestapa. Sesungguhnya apa yang sedang kujalani. Dan apa pula yang kucari. Aku mampu meraih apa yang kuinginkan, ironinya aku malah harus merelakan apa yang paling ingin kumiliki. Kasihan bukan?

Aku mengasihani diriku sendiri. Aku hanyalah pengemis yang memberi santunan dalam kotak wang yang kujajakan di pinggir jalan. Padahal tidak ada sang kaya yang melintas. Bahkan sang miskin pun malas menemani. Sungguhpun aku lebih melarat dari yang tidak mampu. Dan tentunya lebih fakir sebagai punca bagi yang tak punya apapun. Beginilah aku saat ini. Aku hanya ingin meminta dan.... STOP!!!! Sudah cukup sudah.. cukup sampai di sini saja.... 


Tempat Menarik Korea

Source: www.backpackers.my
Bagi kawan-kawan yang ingin melawat ke Korea Selatan, berikut merupakan sedikit info yang saya brasa sesuai untuk anda baca bagi menambahkan sedikit pengetahuan tentang tempat-tempat menarik di Korea sebelum anda terbang ke sana. Sila Klik Source.









Era Kota Kinabalu - Radio Syok

Untuk gang-gang yang mahu mendengar ER.KK Secara online, di sini saya kongsikan link untuk anda mendengar di Laptop atau PC anda. Memang syok Era.K.K ni.. Jom kita dengar..!!


Klik URL di sini Untuk Mendengar: http://apps.radioactive.sg/amp/public/amp-era-kk/

Tuesday, November 20, 2012

Latih guru berfikir sebagai usahawan


KUALA LUMPUR 20 Nov. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bakal guru perlu dilatih untuk menjadi seorang pemikir dan berupaya menyelesaikan masalah serta berfikiran sebagai seorang usahawan. Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, langkah itu penting dalam usaha untuk melahirkan guru yang memiliki kemahiran abad ke-21 dan melaksanakan pembelajaran sepanjang hayat.

"Saya berharap guru-guru akan sentiasa menunjukkan dan mengamalkan pemikiran yang kreatif dan berfikir sebagai seorang usahawan. "Pemikiran yang kreatif, pemikiran yang 'luar biasa' dan 'berfikir di luar kotak' merupakan pemikiran yang mampu melahirkan senario baharu yang lebih dinamik dan mencabar serta berkemampuan untuk melahirkan tenaga kerja pada suatu masa nanti," katanya berucap merasmikan Konvensyen Antarabangsa Institut Pendidikan Guru Dalam Pembelajaran dan Pembangunan Guru di sini hari ini.




Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121121/dn_02/Latih-guru-berfikir-sebagai-usahawan---Muhyiddin#ixzz2CpumP8UY 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wow.. Kalau beginilah kehendaknya, bisa-bisa semua guru akan mempunyai minda usahawan ya? Jadi boleh la kitorang cikgu-cikgu memulakan bisnes ni..huhu. Tapi mungkin maksud Menteri Pelajaran tu ialah menggesa guru agar lebih berfikiran kreatif dan inovatif seperti ahli usahawan yang selalu banyak memikirkan strategi dalam menyelesaikan apa jua masalah dalam bidang mereka.. apa-apa pun tepuk dada tanya selera.

Apa kata korang?

Template Hits

Popular Posts